Sunday 5 March 2017

Latar Belakang Pendidikan Khas di Malaysia

   Sejarah pendidikan di Malaysia, dipercayai berkembang secara tidak formal seiring dengan penyebaran agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu sejak abad ke 14 lagi. Pendidikan bukan formal dimulakan dengan pembinaan sekolah pondok. Perluasan empayar Kesultanan Melayu Melaka, Riau dan Brunei pada kurun ke 15 juga menyebabkan agama Islam dan institusi pendidikan bukan formal pengajian Islam di negeri jajahan takluk kesultanan tersebut tersebar dan berkembang ke seluruh pelosok jajahan. Pengajian agama telah dijalankan di surau dan masjid pada waktu malam yang kemudiannya bertukar menjadi institusi kecil yang lebih sistematik, iaitu sekolah pondok (Sufean, 1993).
    Kedatangan kuasa asing ke Tanah Melayu seperti Portugis, Belanda dan Inggeris sejak tahun 1511 telah menyebabkan berlakunya perubahan yang besar kepada sistem pemerintahan dan pentadbiran negara. Perubahan yang ketara telah berlaku dalam corak ekonomi dan dasar pendidikan negara. Seterusnya, semasa penjajahan Inggeris ke atas Tanah Melayu pada tahun 1874, ramai mubaligh Kristian datang ke Tanah Melayu dengan tujuan mengembangkan agama Kristian.
   Mubaligh Kristian bukan sahaja menubuhkan sekolah biasa yang menawarkan pendidikan aliran Melayu dan aliran Inggeris kepada kanak-kanak, tetapi mereka juga menubuhkan sekolah untuk pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas. Sekolah yang pertama untuk kanak-kanak berkeperluan khas telah didirikan di Melaka pada tahun 1926 oleh kumpulan Anglican. Sekolah ini menyediakan pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas yang mengalami masalah penglihatan. Lima tahun kemudian, Sekolah Rendah St. Nicholas di Melaka telah dipindahkan ke Pulau Pinang. Selain itu, kumpulan mubaligh Kristian ini juga telah membuka kelas pendidikan khas yang pertama untuk kanak-kanak bermasalah pendengaran di Jalan Northam, Pulau Pinang pada tahun 1954. Usaha oleh badan bukan kerajaan (NGO) menyediakan pendidikan kepada orang kurang upaya (OKU), kemudiannya dipergiatkan oleh pihak kerajaan.
   Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini antara lain menyebut, 

"Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggung jawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggung jawab pendidikan itu daripada pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan"

  Hasil daripada Laporan Jawatankuasa Kabinet tersebut, pihak Kementerian Pelajaran telah menubuhkan beberapa buah sekolah pendidikan khas untuk kanak-kanak berkeperluan khas dan memperbanyakkan program integrasi di sekolah-sekolah biasa. Selain itu, usaha juga telah dijalankan oleh kementerian untuk meningkatkan perkhidmatan untuk kanak-kanak berkeperluan khas bukan sahaja dari segi kuantiti tetapi juga dari segi kualiti (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001). Hasrat ini telah diterjemahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui visi Bahagian Pendidikan Khas yang mengungkapkan:

"Pendidikan Berkualiti Menjana Kecemerlangan Murid Berkeperluan Khas Selaras Dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan".

                  Jadual 1: Sejarah Pendidikan Khas Masalah Penglihatan.
Tahun
Keterangan
1926
Penubuhan Sekolah Rendah (SRPK) ST. Nocholas oleh Gereja Anglican di Melaka
1931
Sekolah Rendah (SRPK) ST. Nocholas berpindah ke Pulau Pinang
1948
Penubuhan sekolah berasrama SRPK Princess Elizabeth di Johor Bahru oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
1962
Pelaksanaan rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih
1983
Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan, Setapak
1883
Pengambilalihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pelajaran sebagai sekolah bertaraf penuh
                                                                       
                  Jadual 2: Sejarah Pendidikan Khas Masalah Pendengaran.
Tahun
Keterangan
1954
Pembukaan kelas pendidikan khas di Jalan Northam, Pulau Pinang
1954
Pembukaan Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan (Rendah dan Menengah), Tanjong Bunga, Pulau Pinang
1963
Pembukaan kelas Pendidikan Khas Rncangan Percantuman Cacat Pendengaran oleh Kementerian Pelajaran di sekolah rendah dan sekolah menengah biasa
1987
Pembukaan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam

                 Jadual 3: Sejarah Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran.
Tahun
Keterangan
1988
Kelas perintis untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran telah dimulakan
1995
Program bermasalah pembelajaran peringkat menengah dimulakan
2004
Program rintis untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran spesifik disleksia

         Jadual 4: Senarai Sekolah Rendah Pendidikan Khas di Malaysia.
Bil.
Nama Sekolah
Kategori
1
SK Pendidikan Khas Taiping, Perak
BD
2
SK Pendidikan Khas Ipoh, Perak
BD
3
SK Pendidikan Khas Selangor
BD
4
SK Pendidikan Khas Kuantan, Pahang
BD
5
SK Pendidikan Khas Kelantan
BD
6
SK Pendidikan Khas Batu Pahat
BD
7
SK Pendidikan Khas Johor Bahru
BD
8
SK Pendidikan Khas (P) Muar
BD
9
SK Pendidikan Khas (P) Sungai Petani
BD
10
SK Pendidikan Khas Alor Setar
BD
11
SK Pendidikan Khas Melaka
BD
12
SK Pendidikan Khas Seremban
BD, BL
13
Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan, Pulau Pinang
BD
14
SK Pendidikan Khas Perlis
BD,BL,BP
15
SK Pendidikan Khas Besut
BD
16
SK Pendidikan Khas (P) Kuala Terengganu
BD, BL
17
SK Pendidikan Khas Kampung Baru
BD
18
SK Pendidikan Khas (P) Jalan Peel
BD
19
SK Pendidikan Khas Kota Kinabalu
BD
20
SK Pendidikan Khas (P) Miri
BD, BL,BP
21
SK Pendidikan Khas (B) Kota Samarahan, Kuching
BD
22
SK Pendidikan Khas Sibu
BD
23
SK Pendidikan Khas Jalan Hutton, Pulau Pinang
BP
24
SK Pendidikan Khas Princess Elizabeth, Johor Bahru
BL
25
SK Pendidikan Khas Alma (Penglihatan)
BL
26
SK Pendidikan Khas (B) Jalan Batu
BL
27
SK Pendidikan Khas Pekan Tuaran
BL
28
SK Pendidikan Khas (B) Kuching
BL

      Jadual 5: Senarai Sekolah Menengah Pendidikan Khas di Malaysia.
Bil.
Nama Sekolah
Kategori
1
SM Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang
BD
2
SM Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) Setapak, Kuala
Lumpur
BL, BD, BP
3
SM Pendidikan Khas Vokasional Indahpura, Johor
BD, BP
4
SM Pendidikan Khas Vokasional Kuantan, Pahang
BD, BP
5
SM Pendidikan Khas Vokasional Merbok, Kedah
BD, BP
6
SM Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam, Selangor
BD, BP
7
Kolej Vokasional Keningau, Sabah
BD
Catatan: BD: Masalah Pendengaran
                  BL: Masalah Penglihatan
                  BP: Masalah Pembelajaran

Rujukan

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Pembangunan Pendidikan 
2001-2002. Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas.
Sufean Hussin. 1993. Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan 
Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.